Pulau Orang Utan yang
terletak di Peranginan Laketown Bukit Merah adalah tempat yang menjadi tumpuan
pelancong yang ingin melihat Orang Utan. Pulau Orang Utan yang yang seluas 35
ekar ini merupakan pusat perlindungan, pembiakan, pengekalan, penyelidikan dan
pendidikan Orang Utan. Para pelancong diberi peluang untuk melihat orang utan
ini melakukan aktiviti harian mereka melalui terowong sangkar besi sepanjang
100 meter. Pulau Orang Utan ini merupakan sebahagian dari pusat Peranginan
Laketown Bukit Merah yang turut memiliki taman air dan ekologi. Ia terletak
sekitar sejam perjalanan dari bandar Ipoh.
Sumber
Sumber
- https://ms.m.wikipedia.org/wiki/Pulau_Orang_Utan
-https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEjxHl3ITjNxtN1C8FXHrhG_am44lEqBi0PNavnyvofMqAEvQ6cn8vXckntpkX4DYp2lq2lFTOWpJSV7EGqmJ5PEWxNyjyEyKQNdFMRE1ifZEvN6pHFznCJTVnyiSwBXIAgYit092orvT5dg/s1600/100_3933.JPG
2. Galeri Sultan Azlan Shah, Kuala Kangsar
Bangunan Galeri pada asalnya dibina pada tahun 1898 dan siap pada tahun 1903 untuk digunakan sebagai kediaman Perak Sultan Idris Shah I. penciptaan galeri datang dari idea Perak Sultan Azlan Shah. Kerajaan Negeri Perak meluluskan pembinaan galeri pada 13 Jun 2001. Pembinaan galeri bermula pada 30 November 2001 dan siap pada 15 April 2003. Galeri ini telah dibuka secara rasmi pada 9 Disember 2003.
Sumber
- https://i2.wp.com/tetamoojournal.com/wp-content/uploads/2016/04/DSC_5974-1.jpg?resize=900%2C509
3. Pasar Kemboja, Parit Buntar Perak
Hari Jumaat dan Sabtu adalah hari yang di tunggu. Dari dari Johor, Perlis, Penang, Selangor semua turun ada yang sanggup ikut Rombongan Cik Kiah semata untuk mengunjungi Pasar Kemboja. Tak kan aku sebagai anak jati nak tengok saja. PASAR KEMBOJA, memang dah jadi buah mulut orang terutama mak cik - mak cik geng marhaban untuk dijadikan tempat wajib pergi. Pasar yang terletak di celahan lorong rumah penduduk setempat, dan didagangkan oleh warga Kemboja ini mula mendapat nama, hingga menjadi fenomena kalah crowd Venduer Festival. Jumaat di Pekan Bandar Baharu, sepadan Kedah dan Perak (tepi sungai) manakala Sabtu di Permatang Tok Mahat, sempadan Perak, dan Penang. Rupanya adalah seperti orang tak kenal erti panas membeli belah. Sehingga ada yang sanggup lumur sunblock untuk menahan terik matahari jam 11. Kenapa ada yang sanggup menahan panas, serupa tiada waktu redup akan tiba?. Ini kerana pasar ini bermula dari jam 7 pagi hingga 1 petang SAHAJA. Haruslah, mak cik berkejar takut tak sempat menawaf seluruh kawasan dan pusing balik untuk mendapatkan best price.
Sumber
- http://www.kisahkatakpink.my/2015/02/jumaat-sabtu-di-kampung-pasar-kemboja.html
4. Kellie's Castle, Ipoh Perak
Ipoh dan Kellie’s Castle sangat sinonim dan tidak dapat dipisahkan (umpama laut dan pantai). Oleh itu, mana mungkin kami boleh melupakan Kellie’s Castle dalam senarai 10 perkara yang menarik dan tertarik di Ipoh. Kellie’s Castle dikenali juga sebagai Rumah Kellas dan dibina oleh William Kellie Smith yang merupakan seorang peladang getah terkemuka British di Tanah Melayu pada ketika itu pada sekitar tahun 1910. Bangunan ini dibina mengikut reka bentuk sebuah Istana Moghul di Agra, India dan semua tukang binaan bangunan tersebut dibawa khas dari Madras. Jika berkunjung ke sini, lupakan seketika sisi seramnya, sebaliknya nikmatilah keunikan dan keindahan seni bina bangunan ini yang memakan masa bertahun-tahun lamanya untuk disiapkan. Menariknya, lif pertama di Tanah Melayu terdapat di sini.

- http://media1.trover.com/T/554ccf7b8e7cb2280f002de7/fixedw_large_4x.jpg
- http://www.catchthatbus.com/blog/apa-yang-menarik-di-ipoh
5.Seni Mural, Ipoh Perak
Jika Georgetown terkenal sebagai bandar seni mural pertama di Malaysia. Kini, Ipoh sedang mengekori langkah Georgetown dengan keunikan seni muralnya yang tersendiri dan ia mampu menggamit para pelancong singgah sebentar ke Ipoh. Seni mural di Ipoh kelihatan menyerlah dan menjadi tumpuan orang ramai kerana ia menonjol berlatarbelakangkan bangunan-bangunan zaman kolonial. Jika anda kaki selfie ataupun pencinta seni fotografi, jangan lupa untuk menyaksikan dengan mata kepala sendiri 8 karya Ernest Zacharevic sambil merakam detik terindah untuk dijadikan kenangan.

- http://www.catchthatbus.com/blog/wp-content/uploads/2016/09/Seni-Mural-300x199.jpg
- http://www.catchthatbus.com/blog/apa-yang-menarik-di-ipoh
No comments:
Post a Comment