1. Mee Rebus Ramli
Mee Rebus Ramli cukup popular. Kalau anda ke Perak, pasti anda tak mahu ketinggalan memakan makanan ini. Ia adalah resepi istimewa yang telah lama bertapak di Ipoh. "Betul-betul Ipoh Mali!" Terdapat 3 restoren Mee Rebus Ramli. Iaitu di Taman Tasek Jaya, Jalan Raja Ekram dan Taman Bercham Raya. Yang sering saya kunjungi ialah di Taman Tasek Jaya, Jalan Kuala Kangsar, Ipoh. Senang saja untuk mengunjunginya kerana ia jelas kelihatan di tepi jalan raya utama. Ia juga tidak berjauhan dengan Masjid Cina, Ipoh.
Sangat sedap meenya...tak sedar licin dah pinggan......Mee Rebus Ramli yang pekat kuahnya. Ia sarat dengan cucur gebu dan telur rebus ...nyumm....
Alamat
Taman Tasek Jaya, Jalan Kuala Kangsar, Taman Tasek Jaya, 31400 Ipoh, Perak.
Sumber
- http://notakembara.blogspot.my/2016/09/10-tempat-makan-sedap-di-ipoh.html?m=1
- http://notakembara.blogspot.my/2016/09/10-tempat-makan-sedap-di-ipoh.html?m=1
2. Char Koey Teow Along
Along Char Kue Teow ialah sebuah restoran tanpa pintu yang agak popular di Parit Buntar. Kalau sebut mana nak cari tempat makan Char Kue Teow yang sedap dan best, inilah antara pilihan yang terbaik. Tetapi satu je yang tak best mengenai Along Char Kue Teow sejak saya 'mengenali' Char Kue Teow yang sedap di Parit Buntar.... nak tahu? hoho .. kena baca naa sampai habis. Semenjak saya tinggal di Parit Buntar, rasanya sudah 5 kali lokasi Along Char Kue Teow ini berubah. Lokasi yang pertama adalah di hujung sebuah lot kedai, yang sekarang telah diduduki oleh Kedai RM2 (sebelum ini Longwan), kemudiannya berubah ke belakang stesen minyak Petronas.Memandangkan lokasi ketiga agak sempit, Along Char Kue Teow berpindah lagi. Kali ini ke satu kawasan yang nampak sangat strategik - di tepi jalan besar berhampiran Kampung Kedah. Disebabkan lokasi ini, Along Char Kue Teow semakin dikenali kerana terletak di jalan utama antara Taiping ke Butterworth. Setiap malam ada sahaja yang berhenti makan di situ. Namun, akibat beberapa masalah ... lokasi terbaru (setakat entri ini ditulis) telah berpindah ke kawasan yang sama cuma kedudukannya lebih ke dalam sedikit, dan lebih jauh dari jalan besar. Ia terletak bersempadanan dengan kawasan perumahan yang baru dibangunkan. Setelah beberapa lama beroperasi, Along Char Kue Teow kena pindah lokasi sekali lagi, kali ini di tempat yang sama cuma agak jauh sikit dari lokasi asal. Dan kali ini lebih dekat dengan kawasan perkuburan. Sebab kena pindah lokasi kerana lokasi asal dimajukan menjadi sebuah masjid baru. Lokasi terbaru ini telah dibinakan sebuah tempat seperti sebuah bengkel, yang berbumbung tetapi masih lagi tidak mempunyai pintu. Lapang dan didirikan juga beberapa gerai kecil lain sebagai tambahan kepada menu - satu-satunya menu iaitu Char Kue Teow.
Sumber
- http://www.hasrulhassan.com/2016/01/along-char-kue-teow-kena-cari-lokasi.html
3. Gerai De’Sya Nasi Campur
Yang terletak selepas sekolah menengah kalau datang dari susur keluar lebuhraya. Lebihkurang 1 km dari rumah tol. Gerai ini terletak di sebelah kiri berseberang jalan dengan Gerai Intan Tom Yam. Penunjuk jalan yang lain ialah Papan Tanda JBA.- spesel makanan/masakan tradisi Melayu dan banyak jenis aneka pilihan lauk pauk.
Sumber
- https://www.google.com/amp/s/cuckoolovers.wordpress.com/2016/10/09/tempat-makan-menarik-di-perak/amp/
No comments:
Post a Comment