Saturday, 20 May 2017

MAKLUMAT SYARIKAT PELANCONGAN

MELANCONG TRADING SDN. BHD
NO. 55 JALAN AMPANG KAYA,
HALAMAN AMPANG,
31350 IPOH,
PERAK.

No Tel: 05-1114455/06-0001555
Email: melancongtradingsdn.bhd.com


Cawangan Kuala Lumpur
10-2 SOUTH CITY PLAZA PERDANA,
43300 SRI KEMBANGAN SELANGOR.

No Tel: 05-9998881/013-2224440
Email: bedah.tonggek95@toya.com


Cawangan Pahang
NO. 11 LINTANG JAYA BERSATU,
42300 KUANTAN, PAHANG.

No Tel: 04-1113245/05-4444333
Email: joyahpekasam90@ikan.com

AKTIVITI - AKTIVITI MENARIK DI PERAK

1. Mendaki Di Bukit Larut, Taiping Perak

Bukit Larut di Taiping Perak ataupun dulunya dikenali sebagai Bukit Maxwell adalah kawasan rehat tanah tinggi yang tertua di Malaysia. Namanya diambil bersempena nama seorang Penolong Residen British Perak, George Maxwell (1846 - 1897) yang menerokanya. Walaupun tempat ini tidak popular seperti Cameron Highlands ataupun Bukit Fraser tetapi ia mempunyai identitinya tersendiri.  Suasananya yang tenang, sunyi, nyaman dan semulajadi menambat hati sesiapa yang pernah ke sana untuk kembali berkunjung semula.


Sumber
- http://hadzirah99.blogspot.my/2013/06/bukit-larut.html
- https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEhUNQd2VysaAGBC293T2I5-ZWLFWqWkr6O7vXDchkvI4xk7pLALIhyWyLy5kmwNCY7S4xWuF-uvpRVDEzJgo26d5E7Vjqzxb_wpBMcokjuHkUEL2ujqcIhX5Z7YXsHRyyKkPhmE8Tcc8Int/s1600/image.jpeg  



2. Bergambar Bersama Burung Di Bird Sanctuary Kuala Gula


Tempat ini adalah untuk melindungi spesies yang berhijrah dan bermastautin burung yang telah menduduki kawasan tanah lembap untuk masa yang lama. Kawasan lumpur digunakan oleh burung untuk memberi makan dan untuk berehat semasa laluan migrasi mereka dari utara ke hemisfera selatan. 48 spesies daripada lapan keluarga burung melawat Kuala Gula dari bulan September hingga April setiap tahun. Bilangan mereka tidak kurang daripada puluhan ribu setiap tahun. Antara burung-burung ini walaupun datang dari Siberia di Rusia, Kazakhstan, Jepun, China dan Mongolia. Hutan paya bakau dan kawasan pantai berlumpur Kuala Gula bukan sahaja penting untuk burung tetapi juga untuk 600 keluarga nelayan yang bergantung semata-mata kepada hutan bakau dan ekosistem marin untuk kehidupan mereka. Eko-pelancongan adalah perlahan-lahan semakin popular di Kuala Gula.

Sumber
- http://perak.attractionsinmalaysia.com/Kuala-Gula-Bird-Sanctuary.php


3. Berakit Di Sungai Kampar Perak
                                                     
Sungai Kampar merupakan salah satu tumpuan para pelancong di Perak untuk berakit melalui jeram. Sungai Kampar terletak di Gopeng, Perak.

Sumber
 - https://ms.wikipedia.org/wiki/Sungai_Kampar

  
  

TEMPAT - TEMPAT MENARIK DI PERAK

1. Pulau Orang Utan, Bukit Merah


Pulau Orang Utan yang terletak di Peranginan Laketown Bukit Merah adalah tempat yang menjadi tumpuan pelancong yang ingin melihat Orang Utan. Pulau Orang Utan yang yang seluas 35 ekar ini merupakan pusat perlindungan, pembiakan, pengekalan, penyelidikan dan pendidikan Orang Utan. Para pelancong diberi peluang untuk melihat orang utan ini melakukan aktiviti harian mereka melalui terowong sangkar besi sepanjang 100 meter. Pulau Orang Utan ini merupakan sebahagian dari pusat Peranginan Laketown Bukit Merah yang turut memiliki taman air dan ekologi. Ia terletak sekitar sejam perjalanan dari bandar Ipoh.

Sumber 
- https://ms.m.wikipedia.org/wiki/Pulau_Orang_Utan 
-https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEjxHl3ITjNxtN1C8FXHrhG_am44lEqBi0PNavnyvofMqAEvQ6cn8vXckntpkX4DYp2lq2lFTOWpJSV7EGqmJ5PEWxNyjyEyKQNdFMRE1ifZEvN6pHFznCJTVnyiSwBXIAgYit092orvT5dg/s1600/100_3933.JPG 


2.  Galeri Sultan Azlan Shah, Kuala Kangsar


Bangunan Galeri pada asalnya dibina pada tahun 1898 dan siap pada tahun 1903 untuk digunakan sebagai kediaman Perak Sultan Idris Shah I. penciptaan galeri datang dari idea Perak Sultan Azlan Shah. Kerajaan Negeri Perak meluluskan pembinaan galeri pada 13 Jun 2001. Pembinaan galeri bermula pada 30 November 2001 dan siap pada 15 April 2003. Galeri ini telah dibuka secara rasmi pada 9 Disember 2003.

 Sumber
- https://i2.wp.com/tetamoojournal.com/wp-content/uploads/2016/04/DSC_5974-1.jpg?resize=900%2C509 



3. Pasar Kemboja, Parit Buntar Perak
 
Hari Jumaat dan Sabtu adalah hari yang di tunggu. Dari dari Johor, Perlis, Penang, Selangor semua turun ada yang sanggup ikut Rombongan Cik Kiah semata untuk mengunjungi Pasar Kemboja. Tak kan aku sebagai anak jati nak tengok saja. PASAR KEMBOJA, memang dah jadi buah mulut orang terutama mak cik - mak cik geng marhaban untuk dijadikan tempat wajib pergi. Pasar yang terletak di celahan lorong rumah penduduk setempat, dan didagangkan oleh warga Kemboja ini mula mendapat nama, hingga menjadi fenomena kalah crowd Venduer Festival. Jumaat di Pekan Bandar Baharu, sepadan Kedah dan Perak (tepi sungai) manakala Sabtu di Permatang Tok Mahat, sempadan Perak, dan Penang. Rupanya adalah seperti orang tak kenal erti panas membeli belah. Sehingga ada yang sanggup lumur sunblock untuk menahan terik matahari jam 11. Kenapa ada yang sanggup menahan panas, serupa tiada waktu redup akan tiba?. Ini kerana pasar ini bermula dari jam 7 pagi hingga 1 petang SAHAJA. Haruslah, mak cik berkejar takut tak sempat menawaf seluruh kawasan dan pusing balik untuk mendapatkan best price.

Sumber
- http://www.kisahkatakpink.my/2015/02/jumaat-sabtu-di-kampung-pasar-kemboja.html 



  4. Kellie's Castle,  Ipoh Perak


Ipoh dan Kellie’s Castle sangat sinonim dan tidak dapat dipisahkan (umpama laut dan pantai). Oleh itu, mana mungkin kami boleh melupakan Kellie’s Castle dalam senarai 10 perkara yang menarik dan tertarik di Ipoh. Kellie’s Castle dikenali juga sebagai Rumah Kellas dan dibina oleh William Kellie Smith yang merupakan seorang peladang getah terkemuka British di Tanah Melayu pada ketika itu pada sekitar tahun 1910. Bangunan ini dibina mengikut reka bentuk sebuah Istana Moghul di Agra, India dan semua tukang binaan bangunan tersebut dibawa khas dari Madras. Jika berkunjung ke sini, lupakan seketika sisi seramnya, sebaliknya nikmatilah keunikan dan keindahan seni bina bangunan ini yang memakan masa bertahun-tahun lamanya untuk disiapkan. Menariknya, lif pertama di Tanah Melayu terdapat di sini.

Sumber 
- http://media1.trover.com/T/554ccf7b8e7cb2280f002de7/fixedw_large_4x.jpg
- http://www.catchthatbus.com/blog/apa-yang-menarik-di-ipoh


5.Seni Mural, Ipoh Perak

Jika Georgetown terkenal sebagai bandar seni mural pertama di Malaysia. Kini, Ipoh sedang mengekori langkah Georgetown dengan keunikan seni muralnya yang tersendiri dan ia mampu menggamit para pelancong singgah sebentar ke Ipoh. Seni mural di Ipoh kelihatan menyerlah dan menjadi tumpuan orang ramai kerana ia menonjol berlatarbelakangkan bangunan-bangunan zaman kolonial. Jika anda kaki selfie ataupun pencinta seni fotografi, jangan lupa untuk menyaksikan dengan mata kepala sendiri 8 karya Ernest Zacharevic sambil merakam detik terindah untuk dijadikan kenangan.

Sumber
- http://www.catchthatbus.com/blog/wp-content/uploads/2016/09/Seni-Mural-300x199.jpg
- http://www.catchthatbus.com/blog/apa-yang-menarik-di-ipoh

Wednesday, 17 May 2017

PELBAGAI JENIS MAKANAN DI PERAK

1. Mee Rebus Ramli

Mee Rebus Ramli cukup popular. Kalau anda ke Perak,  pasti anda tak mahu ketinggalan memakan makanan  ini. Ia adalah resepi istimewa yang telah lama bertapak di Ipoh. "Betul-betul Ipoh Mali!" Terdapat 3 restoren Mee Rebus Ramli. Iaitu di Taman Tasek Jaya, Jalan Raja Ekram dan Taman Bercham Raya. Yang sering saya kunjungi ialah di Taman Tasek Jaya, Jalan Kuala Kangsar, Ipoh. Senang saja untuk mengunjunginya kerana ia jelas kelihatan di tepi jalan raya utama. Ia juga tidak berjauhan dengan Masjid Cina, Ipoh.

Sangat sedap meenya...tak sedar licin dah pinggan......Mee Rebus Ramli yang pekat kuahnya. Ia sarat dengan cucur gebu dan telur rebus ...nyumm....



Alamat
Taman Tasek Jaya, Jalan Kuala Kangsar, Taman Tasek Jaya, 31400 Ipoh, Perak.

Sumber
- http://notakembara.blogspot.my/2016/09/10-tempat-makan-sedap-di-ipoh.html?m=1


2. Char Koey Teow Along 

Along Char Kue Teow ialah sebuah restoran tanpa pintu yang agak popular di Parit Buntar. Kalau sebut mana nak cari tempat makan Char Kue Teow yang sedap dan best, inilah antara pilihan yang terbaik. Tetapi satu je yang tak best mengenai Along Char Kue Teow sejak saya 'mengenali' Char Kue Teow yang sedap di Parit Buntar.... nak tahu? hoho .. kena baca naa sampai habis. Semenjak saya tinggal di Parit Buntar, rasanya sudah 5 kali lokasi Along Char Kue Teow ini berubah. Lokasi yang pertama adalah di hujung sebuah lot kedai, yang sekarang telah diduduki oleh Kedai RM2 (sebelum ini Longwan), kemudiannya berubah ke belakang stesen minyak Petronas.Memandangkan lokasi ketiga agak sempit, Along Char Kue Teow berpindah lagi. Kali ini ke satu kawasan yang nampak sangat strategik - di tepi jalan besar berhampiran Kampung Kedah. Disebabkan lokasi ini, Along Char Kue Teow semakin dikenali kerana terletak di jalan utama antara Taiping ke Butterworth. Setiap malam ada sahaja yang berhenti makan di situ. Namun, akibat beberapa masalah ... lokasi terbaru (setakat entri ini ditulis) telah berpindah ke kawasan yang sama cuma kedudukannya lebih ke dalam sedikit, dan lebih jauh dari jalan besar. Ia terletak bersempadanan dengan kawasan perumahan yang baru dibangunkan. Setelah beberapa lama beroperasi, Along Char Kue Teow kena pindah lokasi sekali lagi, kali ini di tempat yang sama cuma agak jauh sikit dari lokasi asal. Dan kali ini lebih dekat dengan kawasan perkuburan. Sebab kena pindah lokasi kerana lokasi asal dimajukan menjadi sebuah masjid baru. Lokasi terbaru ini telah dibinakan sebuah tempat seperti sebuah bengkel, yang berbumbung tetapi masih lagi tidak mempunyai pintu. Lapang dan didirikan juga beberapa gerai kecil lain sebagai tambahan kepada menu - satu-satunya menu iaitu Char Kue Teow.

Sumber
- http://www.hasrulhassan.com/2016/01/along-char-kue-teow-kena-cari-lokasi.html



3. Gerai De’Sya Nasi Campur

Yang terletak selepas sekolah menengah kalau datang dari susur keluar lebuhraya. Lebihkurang 1 km dari rumah tol. Gerai ini terletak di sebelah kiri berseberang jalan dengan Gerai Intan Tom Yam. Penunjuk jalan yang lain ialah Papan Tanda JBA.- spesel makanan/masakan tradisi Melayu dan banyak jenis aneka pilihan lauk pauk.

Sumber
- https://www.google.com/amp/s/cuckoolovers.wordpress.com/2016/10/09/tempat-makan-menarik-di-perak/amp/

Tuesday, 16 May 2017

TEMPAT PENGINAPAN MENARIK DI PERAK


Puteri Bayu Beach Resort
Salah satu resort popular di Pulau Pangkor ialah Puteri Bayu Beach Resort.  Ia menjadi pilihan ramai kerana lokasinya betul-betul ditepi Pantai Pasir Bogak.  Jadi pelancong tidak perlu berjalan jauh untuk mandi laut, bersiar-siar ditepi pantai atau menikmati pemandangan menarik sambil minum petang dan sebagainya. Puteri Bayu Beach Resort menawarkan berbagai jenis penginapan untuk pelancong seperti bilik hotel, chalet dan villa keluarga. Setiap bilik dilengkapi dengan tv, peti sejuk, bilik mandi dan pembuat teh/kopi. Pengunjung juga boleh memilih bilik yang mempunyai tempat duduk dan balkoni peribadi untuk menikmati pemandangan laut atau taman tropika.
Alamat:
Puteri Bayu Beach Resort
Pantai Pasir Bogak,
32300 Pangkor,
Perak
 

Harga:Harga bilik 1 malam untuk 2 orang bermula dari RM140.
Harga chalet 1 malam untuk 2 orang bermula dari RM250.

Sumber :
- http://www.percutianbajet.com/perak/senarai-tempat-menarik-untuk-percutian-di-perak

Wednesday, 10 May 2017

PETA PERAK


Negeri Perak atau juga dikenali sebagai Perak Darul Ridzuan merupakan salah satu daripada 13 buah negeri yang membentuk Malaysia (lihat peta). Negeri Perak merupakan negeri yang kedua terbesar di Semenanjung Malaysia selepas Pahang, dan keempat terbesar di Malaysia. Negeri Perak bersempadanan dengan negeri-negeri seperti Kedah, Pulau Pinang di sebalah barat darat; Kelantan di sebelah timur laut; Pahang di timur, dan tenggara; Selangor di selatan dan Selat Melaka di barat. Negeri Perak juga bersempadan antarabangsa dengan negara Thailand (atau Wilayah Yala), di utara dan Pulau Sumatera, Indonesia di barat daya.

Sumber
- https://ms.wikipedia.org/wiki/Perak_Darul_Ridzuan